Lorry Driver (Kk Supermart & Superstore Distribution Centre)  

Job Summary:

Bertanggungjawab menghantar barangan dari Pusat Pengedaran KK ke outlet dengan selamat dan tepat pada masanya, memastikan barangan, lori serta dokumen penghantaran berada dalam keadaan baik, dan mematuhi laluan serta peraturan jalan raya yang ditetapkan.


Job Responsibilities:

  1. Menghantar barangan dari Pusat Pengedaran KK ke outlet-outlet mengikut jadual dan laluan yang ditetapkan.
  2. Menjalankan tugasan lain yang berkaitan seperti diarahkan oleh pihak pengurusan
  3. Memastikan barangan dihantar ke outlet yang betul, dalam kuantiti yang tepat dan tepat pada masanya.
  4. Memeriksa keadaan lori sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan kenderaan selamat dan berada dalam keadaan baik.
  5. Membantu memuat dan memunggah barangan dengan selamat dan cermat.
  6. Memastikan barangan dan dokumen penghantaran dijaga dengan baik sepanjang perjalanan.
  7. Memastikan Delivery Order (DO) dan dokumen berkaitan disahkan oleh pihak outlet selepas penghantaran.
  8. Mengikut laluan penghantaran yang ditetapkan serta mematuhi semua undang-undang dan peraturan jalan raya.
  9. Memaklumkan kepada penyelia atau pihak pengurusan dengan segera sekiranya berlaku kelewatan, kerosakan kenderaan, kemalangan atau masalah penghantaran.
  10. Menyimpan dan menyerahkan rekod penghantaran serta dokumen berkaitan dengan lengkap dan tepat.
  11. Menjaga kebersihan lori dan memastikan ruang muatan sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur.

Job Requirement:

  • Mempunyai lesen memandu kelas D dan Lesen GDL yang sah.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman sebagai pemandu lori 3 tan.
  • Mempunyai rekod pemanduan yang baik dan bersih.
  • Sihat dan mampu menjalankan tugas fizikal, termasuk membantu proses memuat dan memunggah barangan.
  • Boleh bekerja lebih masa, pada hujung minggu atau cuti umum sekiranya diperlukan.
  • Boleh bekerja dalam pasukan, bertanggungjawab, berdisiplin dan menepati masa.
  • Mempunyai pengetahuan asas tentang pemeriksaan dan penyelenggaraan kenderaan.
  • Biasa dengan laluan di sekitar Lembah Klang merupakan satu kelebihan.
  • Boleh menggunakan aplikasi navigasi seperti Google Maps atau Waze.

  Employment Type:  Permanent (Full Time)

  Min. Education:  Sijil Pelajaran Malaysia or equivalent

  Industry:  Retail / Wholesale Trading / Property

  Spoken Language:  Malay, English

  Written Language:  Malay, English