Job Summary:
Bertanggungjawab untuk merancang, menyampaikan, dan menilai sesi latihan bagi kakitangan baru dan sedia ada. Fokus utama adalah untuk meningkatkan kemahiran kakitangan dalam pengurusan operasi peruncitan, perkhidmatan pelanggan, penggunaan sistem POS, dan pengurusan inventori.
Job Responsibilities:
- Merancang modul latihan untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan operasi syarikat dan perkembangan terkini dalam industri peruncitan.
- Menyediakan bahan latihan seperti slaid, nota, manual, dan latihan praktikal untuk pelatih.
- Memberi latihan kepada kakitangan baru dan sedia ada mengenai pelbagai aspek operasi kedai seperti pengurusan stok, kaunter jualan, penggunaan sistem POS, serta prosedur keselamatan di tempat kerja.
- Menyampaikan sesi On-the-Job Training (OJT) di lokasi operasi sebenar bagi meningkatkan keberkesanan latihan.
- Menilai kemajuan pelatih melalui ujian, kuiz, serta latihan praktikal.
- Mengemas kini modul latihan mengikut perubahan terbaru dalam SOP, teknologi, dan amalan terbaik dalam industri peruncitan.
- Memberikan sokongan kepada pengurus cawangan dalam hal latihan dan pembangunan kakitangan.
- Menyimpan rekod latihan dengan teliti untuk memastikan semua kakitangan menerima latihan yang diperlukan.
- Menghadiri kursus dan seminar yang berkaitan dengan bidang latihan dan peruncitan untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
- Melaksanakan tugasan tambahan mengikut keperluan dan arahan pihak pengurusan.